Monday, 5 September 2011

Asal-usul gitar part 4

Assalamualaikum..:D....
Disamping komposer-komposer gitar,ada juga perekabentuk gitar yang berjasa dalam perkembangan alat muzik ini,salah satunya ialah Luthier Antonio Torres .Beliau cuba untuk membesarkan bentuk gitar agar bunyinya lebih keras dan selaras.Selain itu,beliau juga mereka semula gitar dengan menjadikan leher gitar lebih nipis dan lebar serta menjadikan standard dawai gitar iaitu 65cm dan standard ini digunakan sehingga lah sekarang...;)

Monday, 1 August 2011

Asal-usul gitar..(part 3)..:)

Assalamualaikum kawan-kawan..rakan-rakan..sahabat-sahabat..hahaha..:D...okay..sambung terus lah ye...
Pada zaman klasik sekitar tahun 1750 sehingga 1775 merupakan zaman yang banyak melahirkan komposer2 gitar terkenal antaranya, Fernando Sor,Mauro Giuliani, Matteo Carcassi, D. Aguado dan Fernando Carulli...Mereka ini menulis dan menggubah muzik serta banyak mengadakan konsert dimerata-rata tempat..Ketika itu gitar sangat popular dan diminati orang ramai ...
NAMUN!...Pada abad ke 19..populariti gitar jatuh mendadak tetapi dipopularkan kembali oleh Francisco Tarrega yg merupakan komposer ternama gitar klasik,karya2 beliau sgt diminati dan beliau juga ada menulis satu buku untuk mengajar cara bermain gitar,dan cara yang ditulis oleh beliau digunakan sehinggalah sekarang..

Thursday, 28 July 2011

Asal-usul gitar..(part 2)..:)

Assalamualaikum ..:)..ini sambungan coretan dari minggu lepas..ready??haha,..ok...mula..
Pada abad ke-17,dawai(string) gitar ini ditambah menjadi 5,ini membolehkan para pemain gitar untuk bermain muzik dengan lebih kompleks dan luas ..Namun,pada akhir abad ke-17..ada dua perubahan penting yg dilakukan ke atas gitar...iaitu..
Yang pertama,dawai gitar yang sebelum ini berpasangan(berganda) digantikan menjadi dawai-dawai tunggal..
then..Yang kedua..dawai ditambah lagi dan menjadikan enam dawai kesemuanya..nak tahu lagi ke??kalau nk tahu lagi...tunggu next post la ea..xlarat nk tulis..ok kawan2??..tata..bye2..see you soon..:p

Saturday, 16 July 2011

Asal-usul gitar..:)

Tuan-tuan dan puan-puan..merujuk perkara diatas,hahaha..(formal sangat kan?)..:p...Post pertama ni saya nk cerita tentang asal-usul gitar..:)..macam ni ceritanya...gitar merupakan alat muzik muzik tradisional Sepanyol dan dipercayai bahawa alat muzik ini
juga berasal dari negara tersebut..:)..Pada awal nya..gitar berbentuk kecil dan mempunyai 4 dawai(string) sahaja..
pada Zaman Renaissance,....hehe..masuk sejarah sikit ye kawan2..lepas ni titas pulak..haha.....ok kita teruskan..Pada Zaman Renaissance..gitar tidak popular dan tidak diminati oleh masyarakat..Namun setelah Alonso Mudarra memperkenal kan gitar melalui hasil karyanya..Maka orang ramai pada waktu itu mula mendengar dan bermain gitar...tggu sambungan nya ok...:)bubye